Jom NGOPI ‼️ KAMI MEMASTIKAN KOPI SUMAC TERBAIK di MALAYSIA Kopi SUMAC, menggunakan GULA NANO dari Pemanis HAFGLOS. Special formulation untuk lebih sihat dengan BACAAN pH 6.8, RENDAH ASID. Kita dok minum cuba check pH tengok. Jika pH lebh 7.5 jangan minum, punca penyakit bertambah la. TRY check tengok.
Ph TESTING
KOPI SUMAC TANPA GULA PUTIH
Ekstrak KURMA , DELIMA , ACAI BERRY dengan ratio 10:1 bukan guna SERBUK BIASA. Ditambah ektrak GAC yang tinggi vitamin A, dengan makanan sunnah BUAH TIN yang ratio 10:1. ANDA PASTI LEBIH SIHAT, LEBIH BERTENAGA, LEBIH ELOK BADAN Sekotak ada 15 sachet , kami bagi harga mampu milik. TAK MAHAI PUN, jadi AGEN LAGI MURAH... KAMI ADALAH PENGILANG SENDIRI PRODUK MINUMAN dan MAKANAN MUSLIM. Dari Formulasi hingga siap produk, semuanya di tangan MUSLIM. Anda nak cuba..⁉️
KENALI SUMAC & KHASIATNYA
Tahukah anda, SUMAC juga dikenali dengan beberapa ejaan lain seperti sumach, sumak, soumak, atau sumaq ini dijejaki etimologinya daripada Perancis Lama, Bahasa Syria atau Arab سُمَّاق (summāq) yang bermaksud ‘merah’. Rempah ini terkenal di Timur Tengah, Afrika, dan Amerika Utara. Ia mempunyai rasa masam seakan lemon dan sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Secara botaninya, sumac adalah pokok renek dan kecil yang mempunyai ciri berikut boleh mencapai ketinggian 1–10 m daunnya berpilin, bunganya padat dan sangat kecil, kehijauan, putih krim atau merah dengan 5 kelopak buahnya membentuk kelompok padat buah berbiji merah Rempah Sumac didapati daripada biji kering pohon Rhus coriaria, iaitu nama saintifiknya
7 KHASIAT SUMAC
KHASIAT SUMAC
Rempah ini telah digunakan sejak sekian lama bukan hanya kerana warna dan rasanya yang menaikkan lagi selera dalam hidangan, tetapi juga pelbagai kelebihan sumac terhadap kesihatan. Berikut adalah antara khasiat sumac yang telah dikaji secara saintifik.
1. Mengawal Kandungan Gula Dalam Darah Menurut Dr. Josh Axe menerusi Dr. Axe.com, terdapat kajian telah membuktikan bahawa khasiat sumac dapat membantu mengekalkan bacaan gula normal dalam darah, serta membantu menurunkan kadar gula sehingga 13%.
Hal ini turut disokong oleh sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2014 menerusi Journal of Research in Medical Sciences, di mana ia dikatakan berpotensi mengawal kadar insulin dan menstabilkan kadar gula dalam darah.
2. Kaya Anti-Oksidan Salah satu kelebihan sumac juga adalah kerana kandungan anti oksidannya yang tinggi berbanding kebanyakan herba dan rempah lain. Menurut sumber, kandungan anti oksidan yang terdapat dalam sumac adalah melebihi kayu manis, oregano, acai berry serta banyak lagi buah-buahan dan sayuran lain. Apa kelebihan makanan yang kaya anti-oksidan ini? Antaranya dapat mencegah penyakit jantung, melawan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan mengurangkan gejala osteoarthritis.
3. Mengurangkan Kadar Kolesterol Dalam sebuah penelitian oleh Tehran University of Medical Sciences di Iran, antara khasiat sumac yang telah didapati adalah ia berupaya mengurangkan kadar kolesterol dan trigliserida. Seperti yang kita tahu, kadar kolesterol yang terlalu tinggi dalam arteri akan membentuk sumbatan pada otot jantung hingga terpaksa bekerja lebih keras sekaligus menjadi faktor risiko terhadap penyakit jantung .
4. Digunakan Secara Tradisional Untuk Kesihatan Wanita Sumac juga boleh dijadikan jus atau teh dan ia digunakan secara turun-temurun untuk merawat masalah kesihatan wanita, menambah susu ibu, mengurangkan senggugut dan cramp. Ia turut digunakan secara luaran untuk mengatasi masalah discaj vagina yang berlebihan.
5. Membantu Kekuatan Tulang Terdapat kajian mendakwa sumac berpotensi digunakan untuk meningkatkan kekuatan tulang. Ini kerana ia mampu mencegah pereputan tulang serta menghilangkan risiko kehilangan jisim tulang.
6. Tinggi Vitamin C Jus sumac biasa dijadikan minuman oleh orang asli Amerika untuk merawat demam, batuk dan penyakit skurvi oleh kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin C.
7. Mengurangkan Kesakitan Otot Dalam Hungarian Academy of Sciences, kajian mendapati bahawa jus sumac mampu mengurangkan kesakitan otot yang dialami selepas bersenam. Disebabkan kandungan anti-oksidannya yang tinggi, ia turut membantu mengurangkan inflamasi dalam memberi kelegaan kepada sesiapa yang mengambilnya secara sederhana.
PRODUK KELUARAN 100% BUMIPUTRA ISLAM
BELI DI SHOPEE
KLIK GAMBAR UNTUK BELI DI SHOPEE
COFE X Kopi PraCampuran Khusus Untuk LELAKI RM30.00 / 4 SACHET